Tuesday 7 June 2011

Nora Elena ( Slot Akasia TV3 )

Hai semua.....
 
Hari ni saya nak cerita tentang drama Nora Elena yang disiarkan di Tv3 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini...dalam blog2 dan facebook pun, isu ni menjadi isu yang hangat sekarang....ade yang suka, ade yang kritik..tapi ape2 pun, setiap hari isnin hingga khamis saya akan menunggu depan tv untuk tonton cite ni...tapi ade jugak episod yang saya tlepas, tapi tak pe saya bleh tgk dekat Tonton je klu tlepas ape2 episod....hehe

Korang tgk tak cite ni...???
Cite ni diadaptasikan dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha...tapi saya tak sempat lagi nak baca novel ni....ramai orang ckp novel ni lagi best dari drama....klu dlm drama dah romantik, mesti dalam novel lagi romantikkan....bestnye klu dapat bace novel tu kan....

Saya suka tengok cite ni bila Seth Tan (Aaron Aziz) mengambil hati isterinya, Nora Elena (Siti Saleha)...romantiknye...sekarang ni Nora Elena pun dah dapat terima Seth Tan sebagai suaminya dah...hari ni dah masuk episod 18 dah (kemarin)...tak sabar nak tggu episod seterusnya esok...



di sini ada sinopsis cite Nora Elena

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



Interview


Hai semua, apa khabar….

Hari ni saya nak crita tentang pgalaman saya semasa di temuduga sebagai cikgu tadika. Sebenarnya, saya langsung tak ada pengalaman sebagai cikgu, apatah lagi sebagai cikgu tadika. Almaklum la, masa belajar dlu saya ambil kos business, mane la kena dengan cikgu tadika ni. Tapi disebabkan tak nak buang masa saja sementara menunggu kerja yang sesuai, saya pun cari la kerja sementara untuk mengisi masa yang ada. Boleh la juga tambah duit poket…btol x kwn2…???hehe…

Nak dijadikan cerita, kebetulan sepupu saya yang bekerja sebagai cikgu tadika bagi tau yang dekat tempat kerja dia kerja tengah cari cikgu sebab kekurangan cikgu. Saya pun mencuba la nasib, mana la tau kot2 bleh dapat kerja sementara. Tp dalam hati, sebenarnya saya gabra gler..mane tak nye..saya mane la pernah ajar orang. Tambah la nak ajar kanak2. Tapi saya teringin pula nak merasa pengalaman baru. Mana la tau saya bleh dapat serba sedikit pgalaman semasa jadi cikgu nanti. Lagipun saya memang sayang budak2 dan suka layan diorg.
Satu  hari tu, sepupu saya kol suruh pergi interview kat tadika tu hari tu juga. Saya dah cuak dah time tu. Ye la, tak sangka secepat tu dan saya tak sempat nak buat apa2 persiapan pun. Saya pun tawakal je la pergi interview tu..berdebar juga la nak pergi interview tu..perasaan  macam nak  jawab exam pun ade jugak….huhu

Sampai je dekat tadika tu,saya pun terus ditemuduga..fuh…!!! macam2 soalan yang saya tak jangka yang pengurus tu tanya kat saya..walaupun soalan dia agak senang tapi macam orang yang tak ada pengalaman dalam bidang ni memang agak susah la nak jawab. Tapi alhamdullilah la, semuanya saya dapat jawab dengan tenang dan betul. Tapi memang cuak la waktu tu. Gementar gler la bila dia bagi tau macam mana tugas2 cikgu kat sana. Contohnya, macam mane nak kawal kanak2 tu..macam mane nak tarik perhatian kanak2, macam mana nak buat bila budak2 tu buat bising dan macam2 lagi la…huhu…dalam hati saya kata…macam tak ok je kerja ni dengan jiwa aku…hahaha….tapi saya sukakan dengan budak2 ni…huhuhu

Sepanjang malam la say a berfikir, nak terima ke tak kerja ni..saya  dah terfikir untuk cari kerja lain esoknya..tapi, belum sempat saya nak buat apa2 keputusan lagi, esok paginya, pengurus tu kol suruh saya masuk kerja hari tu juga…Sudah…. “alamak, macam mana aq nak wat ni”…nak pergi ke tak…???kne buat keputusan cepat ni….hai, nak mintak pendapat sapa ni….???aq xde kyakinan nak buat keputusan samada nak terima ke tak ni….ape la aq ni, org lain seronok dpt keje, aq tkt lak nak terima kerja…huhu…

Saya pun kol la mama saya kat pejabat nak mintak pendapat…ala, tak dapat dihubungi la plak…mcm mane ni…..??kwn2 sye yg amik kos PraSekolah pun mesti busy dengan pelajar2 diorg time ni….last2, saya kol la pakwe saya je…nak mintak pendapat dia….dia ckp “tpulang la pada awk, awk try dlu pegi kerja ari ni..mane tau dapat sesuaikan diri..klu rasa tak ok, bhenti je la…tak slh klu awk mencuba kali ni”….berbekalkan semangat dan perasaan ingin mencuba, saya pun pergi la kerja pagi tu…

Nak  tau ape tjadi kepada saya…..nantikan  cerita seterusnya
tu pun klu saya smpat update blog lagi la ye…..hehehe

Sekian