Tuesday 7 June 2011

Nora Elena ( Slot Akasia TV3 )

Hai semua.....
 
Hari ni saya nak cerita tentang drama Nora Elena yang disiarkan di Tv3 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini...dalam blog2 dan facebook pun, isu ni menjadi isu yang hangat sekarang....ade yang suka, ade yang kritik..tapi ape2 pun, setiap hari isnin hingga khamis saya akan menunggu depan tv untuk tonton cite ni...tapi ade jugak episod yang saya tlepas, tapi tak pe saya bleh tgk dekat Tonton je klu tlepas ape2 episod....hehe

Korang tgk tak cite ni...???
Cite ni diadaptasikan dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha...tapi saya tak sempat lagi nak baca novel ni....ramai orang ckp novel ni lagi best dari drama....klu dlm drama dah romantik, mesti dalam novel lagi romantikkan....bestnye klu dapat bace novel tu kan....

Saya suka tengok cite ni bila Seth Tan (Aaron Aziz) mengambil hati isterinya, Nora Elena (Siti Saleha)...romantiknye...sekarang ni Nora Elena pun dah dapat terima Seth Tan sebagai suaminya dah...hari ni dah masuk episod 18 dah (kemarin)...tak sabar nak tggu episod seterusnya esok...



di sini ada sinopsis cite Nora Elena

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



2 comments:

  1. xabis2 nora elena...hehhehe...tgk la cita laen sama....

    ReplyDelete
  2. best la cite ni cik anis....cik anis je yg xnak tgk....hihihi
    jiwang la cik anis....
    cik anis kan ske jiwang2 ni...huhu
    hehehe

    ReplyDelete